Tuesday, July 14, 2015

D.I.Y HANTARAN -BABY'S BREATH FLOWER

 
ha ni la baby's breath flower... bunga ni selalunya jadi pelembut bunga dalam gubahan... tapi boleh juga dijadikan sebagai bunga tema... kenapa? selain harganya murah, bunga ni juga boleh berikan nafas segar dalam sentuhan setiap gubahan.
 
Jom kita tengok idea gubahan hantaran bertemakan baby's breath flower.
 
*semua gambar dari pinterest
 

 menarik kan? Nampak segar dan berseri.
 
ingin tampil simple tapi menawan? berani ke nak langgar tradisi dengan hantaran tanpa bunga?
 
nah cuba!
 
 
 
siap lah tahan telinga kena tegur ngan mak cik, nenek, tok, aunty, kakak, jiran dan yang sama waktu dengan nya...
 
 
bunga mana bunga?
heyyy bunga tak de ke? tak berseri!
 
tepuk dada, Tanya selera!
 
L.O.V.E
-D.I.Y-

Thursday, July 9, 2015

D.I.Y DONUT ON STICK aka DONUT BALL

Hai!
 
Haaa smalam ada satu entry untuk d.i.y sweettooth table kan dan salah satu idea menu nak diletak kan kat desert table tu ialah donut ball...
 
 
Ok hari ni sy nak share resepi donut ball yang menarik dari blogger yang rajin memasak ni... memang nampak gebu sangat donut ball dia. Nanti ada masa free nak kena try la donut ni, kita parking dulu resepi tu kat sini...
 
 
Resepi pertama ni dari blogger Dapur Mamasya.
 
 Ni la link resepi donut dapur mamasya tau.
 
 
Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.
 
 
ha ni la donut mamasya buat... klick la link resepi tu, mamasya siap ajar step by step tau... siap tunjuk deco desert table yang dibuat... kellasss kau!
 
Apa lagi, dah dekat nak raya ni, dah ada idea ke belum nak hiding apa utk open house nanti? Dah ada idea ke utk desert table?
 
L.O.V.E.
-D.I.Y-


D.I.Y BUNGA GIFTBOX

Ha... ni post sebelum buka buasa... terjumpa satu gambar pasal d.i.y flower... cantik menarik tau flower ni... rasa boleh letak kat baju, viel, tudung, hantaran, gift utk tetamu... eh macam2 la boleh kan... haaa nah tgk gambar ni... tak susah kan, semudah  a b c je... ok bye semua... nama pun entry sebelum berbuka kan... harus pantas gitew... daaa

Sweet Tooth: Langkah Mudah, Jimat dan Menarik

Zaman sekarang ni sweet tooth table dah tak asing lagi di setiap majlis... kalau dulu-dulu ada sudut teh tarik... sekarang dimeriahkan lagi dengan manisan dan kuih2 enak untuk disajikan pada tetamu...
 
sebenarnya tak susah untuk menyediakan bahan2 yang diperlukan sebab bahan hiasan di sweet tooth table ni boleh dipelbagaikan dan dikretivekan mengikut tema atau cara hiasan yang digemari. Malah ada juga antara hidangan yang boleh anda lakukan sendiri...
 
 
Sebagai contoh hidangan yang di hias menggunakan stick agar nampak lebih menarik:
 
 
 

donut! donut pun boleh nampak menarik kan


 
buah buahan segar pelbagai warna... cuma perlu potong dan cucuk pada stick mengikut kreativiti. 
 

buah yang dicelup dengan coklat... menarik juga kan
 
 
jika majlis anda berskala kecil, bileh la kiranya anda d.i.y saja decorasi sweet tooth table di bajlis anda. tak semestinya pada majlis perkahwinan... boleh juga diasediakan semasa majlis anniversary, bridal shower atau sambutan birthday!
 
Dekorasi nya tak susah... asal sedap mata memandang, lebih manis jika dikenakan sentuhan peribadi tuan empunya majlis.
 

 
cantik kan?
 
L.O.V.E
-D.I.Y-
 
 



salam perkenalan

salam perkenalan dari pengantin d.i.y. Wujud nya blog ini atas dasar minat terhadap barang-barang d.i.y dan berguna untuk menghias rumah, bilih, dan majlir terutamanya. Idea dan gambar yang dokongsi dalam blog ini bukan lah 100% milik sendiri kerana kebanyakan nya adalah dari sumber bacaan dan disimpan di blog ini sebagai rujukan sendiri dikemudian hari. Dan dikesempatan ini, idea-idea ini juga di kongsi bersama mereka yang mempunyai minat yang sama... semua semua mendapat ilmu dan berkongsi ilmu bersama.
 
L.O.V.E!
-D.I.Y-