Hai!
Haaa smalam ada satu entry untuk d.i.y sweettooth table kan dan salah satu idea menu nak diletak kan kat desert table tu ialah donut ball...
Ok hari ni sy nak share resepi donut ball yang menarik dari blogger yang rajin memasak ni... memang nampak gebu sangat donut ball dia. Nanti ada masa free nak kena try la donut ni, kita parking dulu resepi tu kat sini...
Resepi pertama ni dari blogger Dapur Mamasya.
Ni la link resepi donut dapur mamasya tau.
Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam kuku
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
3 sudu besar susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur
Cara-cara
Cairkan mentega dan ketepikan.
Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)
Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.

ha ni la donut mamasya buat... klick la link resepi tu, mamasya siap ajar step by step tau... siap tunjuk deco desert table yang dibuat... kellasss kau!
Apa lagi, dah dekat nak raya ni, dah ada idea ke belum nak hiding apa utk open house nanti? Dah ada idea ke utk desert table?
L.O.V.E.
-D.I.Y-
No comments:
Post a Comment